Seminar “Malaysia Internet Millionaires”- Anda Harus Pergi !
February 22, 2012 in Blogging
Assalamualaikum semua..
Pada hari Sabtu ( 25/3/2012 ) ni anda free tak? Kalau anda tiada apa-apa plan,saya amat sarankan anda ke Seminar “Malaysia Internet Millionaires” anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).
Kenapa?
Mestilah sebab saya ada di sana?Hehe..Takdelah..Sebab utamanya mestilah barisan penceramah yang hebat-hebat belaka.Sifu-sifu saya semua terlibat pada hari tersebut.
Ada 6 orang penceramah hebat :

Sifu Jamal memang terbaik dalam bidang jualan ebook ni.Beliau sanggup berhenti kerja kerajaan demi fokus dalam perniagaan ebook beliau..Fuhh..Kalau saya pun fikir 88 kali nak buat keputusan tu.Saya kenal Jamaluddin Bahari bermula tahun 2010..Pernah join seminar yang melibatkan beliau dan menguruskan urusan komisyen beliau satu ketika dahulu..Pendek kata rugi tak ambil ilmu dari beliau !

Ini dia sifu merangkap bekas bos saya – Ammar Zahar..Beliau memang insan yang ‘hati kering’..Jika ada idea-idea yang mantap dan gempak beliau akan buat sampai jadi..Saya mula bekerja dengan beliau bermula pertengahan tahun 2010.Memang syok kerja dengan beliau..Banyak sangat ilmu yang saya belajar tentang pemasaran internet.Beliau juga punya pengikut yang ramai.Jadi jangan lepaskan peluang jumpa beliau ‘face to face’ !

Sifu Noorizam saya pernah jumpa di Damansara satu ketika dulu..Beliau memang otai dalam arena eBay ni..Mula berniaga sejak 2006 lagi..Memang banyak pengalaman beliau yang anda boleh ‘sedut’..Beliau juga telah diiktiraf sebagai ’eBay Education Specialist’ selepas ditauliahkan dalam sebuah program training anjuran pihak eBay. Anda memang kena jumpa beliau jika nak buat duit dengan eBay !

Saya baru sempat jumpa sekali sahaja dengan sifu Adly di pejabat beliau di Gombak.Memang sempoi orangnya..Muda pula tu..Beliau memang berpengalaman dalam bidang dropship ni.Beliau adalah pemilik syarikat Flarebiz Network bersama dengan rakan-rakannya yang lain..Jika anda baru habis SPM dan tak tahu nak buat apa dekat rumah,saya sarankan anda kena jumpa beliau sebab beliau ada RAHSIA bagaimana menjana pendapatan sebanyak 5 angka selepas habis SPM !

Haa..Ini dia Mr Presiden PUIM..Saudara Gero Azrul..Memang petah bercakap..Saya amat kagum dengan gaya penyampaian beliau ketika berhadapan dengan audien yang ramai.Dah beberapa kali saya ikut seminar beliau..Memang sangat mengujakan..Rasa berkobar-kobar semangat selepas ikut seminar beliau..Beliau lebih fokus pada media sosial seperti Faceboo,Twitter,Youtube dsb.Anda kena jumpa beliau untuk tahu bagaimana nak bina kredibiliti anda di alam maya ni menggunakan medium media sosial !

Sahabat IM yang paling rapat dengan saya..Sifu Rahman Basri !. Orangnya merendah diri,baik tutur kata dan bicara..Memang asyik berbual dengan beliau..Fokus pada arena Affiliate dan telah menjana ribuan ringgit melalui Affiliate..Guna produk orang lain pun dah boleh dapat ribuan ringgit..Memang hebat RB ( panggilan manja untuk beliau ) ni.. Memang berbaloi jika anda dapat bersemuka dan berborak dengan beliau !
Oklah..Dah panjang sangat post saya kali ni..
Senang cerita jika anda nak berjaya dalam arena IM di Malaysia ataupun luar negara,anda kena menuntut ilmu dengan speaker-speaker hebat ini dulu.Bukan susah pun.Cuma ‘copy’ dan ‘paste’ je apa yang mereka lakukan..Hehe..
Cepat buat tindakan.. ! Saya rasa diorang dah nak tutup pendaftaran kot..
Hehe..






